KAMPUNG MAMAK D SEMPORNA NI GAMBAR D SEKITAR SEMPORNA, SABAH Ni kat roundbout Pekan Semporna Ni Masjid kat Pekan Semporna- Roundabout Semporna-Pulau Sipadan
Bawah ni perkampungan Orang Palau, dekat laut Semporna
Semporna pada zaman dahulu kala dikenali sebagai Tong Talun yang bererti "Hujung Hutan" dalam Bahasa Bajau yang merupakan suku kaum utama di kawasan Semporna. Semporna merupakan sebuah pulau besar di mana di sekelilingnya terdapat banyak pulau yang mampu menarik minat sesiapa sahaja dalam bidang perlancongan. Antara pulau yang paling diminati oleh pelancong sama ada dari luar negara atau tempatan adalah Pulau Sipadan dan Pulau Mabul. Semporna dihubungkan dengan daratan melalui jambatan Pegagau yang mana kawasan Pegagau ini masih merupakan kawasan Semporna. Dalam peringkat zon, Semporna termasuk dalam zon TawauMasyarakat di Semporna berbilang kaum, bangsa dan agama. Namun kaum yang mendominasi di Semporna adalah suku kaum Bajau dan Suluk yang berasal dari Selatan dan Barat Laut di kepulauan FilipinaBajau dan kumpulan yang sama telah menetap di pantai barat dan timur Sabah sejak beberapa ratus tahun dan diiktiraf sebagai penduduk asli negeri ini. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda.Orang Bajau merupakan penyelam dan pengutip hasil laut yang mahir. Mereka menggunakan cara penangkapan tradisional. Di pantai timur, mereka adalah nelayan yang tinggal di Kota Belud, Papar, Semporna dan Tuaran. Bajau juga mendapat gelaran “Cowboy Sabah” kerana Bajau lama terkenal dengan penunggang kuda.KimaLauk ini merupakan makanan tradisi Bajau yang menetap di Semporna. Bahannya adalah kima(siput besar) yang dimakan dengan halia, lada merah besar, bawang besar, bawang putih, serbuk kunyit, dan garam
Pekan Semporna
Askar tengah ronda
Pasar Semporna
Jual ikan kering, sotong, dll barang kering
Tarian Daling-Daling
Tarian Daling-Daling
Tarian Daling-Daling
Tarian Daling-DalingTarian ini bukannya tarian asal suku kaum Bajau di Semporna, sebaliknya dibawa oleh Suluk dari Kepulauan Mindanau. Dengan pertumbuhan masyarakat Bajau dan Suluk hadirlah tarian ini sebagai milik Bajau yang di Semporna.Perkataan Daling-daling berasal daripada Inggeris darling (kekasih). Ini adalah tarian hiburan di majlis tertentu yang sifatnya berbalas pantun di antara penari lelaki dan perempuan.